Monday, August 4, 2008

Pelancongan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Negara Malaysia telah dikenali oleh dimata dunia dengan kemakmurannya serta terdiri pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan yang aman. Malah Negara ini turut mempunyai sejarah tersendiri dan terdapat juga beberapa kawasan bersejarah di sekitar negeri-negerinya seperti A Famosa yang terletak di negeri Melaka, tapak bekas peperangan yang terletak di Sandakan dan banyak lagi yang boleh dilawati oleh pelancong-pelancong tempatan dan pelancong-pelancong asing. Selain tempat bersejarah terdapat beberapa pulau yang mampu memberi kepuasan kepada pelancong-pelancong yang akan berkunjung dan menjalani aktiviti menyelam yang akan ditemani ahli penyelam yang profesional antaranya pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Selingan yang terletak di Sandakan,Sabah dan pelbagai lagi.

Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia amatlah digalakkan melancong di kawasan Negara Malaysia itu sendiri kerana ia merupakan salah satu faktor bagi Negara ini untuk membantu ekonominya menjadi lebih stabil. Malahan, Negara ini memang banyak tarikkan yang mampu dijadikan sebagai destinasi pelancongan oleh rakyat Malaysia sendiri sehinggakan pelancong-pelancong asing dari Negara luar turut berminat berkunjung ke Negara kita untuk menikmati suasana yang begitu indah dan Negara ini juga selamat daripada ancaman yang negatif seperti rusuhan. Dengan ini, keselamatan mereka amatlah terjamin.

Bagi pelancong-pelancong yang berminat mengetahui sejarah berkaitan dengan Malaysia dan ingin mendekatinya, mereka boleh mengunjungi tempat-tempat yang bersejarah untuk mengkaji kisah selanjutnya. Setiap negeri yang terdapat di Negara ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Seluruh rakyat dunia telah mengetahui bahawa Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina, India yang pada kebiasaannya boleh dilihat di kawasan Semenanjung. Selain itu, Negara Malaysia juga terdiri daripada kaum Etnik seperti Murud, Melanau, Iban yang pada kebiasaannya boleh dilihat di Negeri Sarawak dan kaum Etnik di Sabah yang terdiri daripada Kadazan, Dusun, Suluk, Sungai, dan Bajau. Beralih kepada kaum Etnik di Negara ini, di sekitar Negeri Sabah dan Sarawak akan menyambut pesta menuai yang akan diadakan pada setiap bulan May yang akan disambut oleh kaum di negeri ini dengan bertujuan memuja semangat padi dan pelbagai jenis tarian kebudayaan mereka akan disajikan kepada pengunjung-pengunjung yang telah mengujunginya malahan terdapat pelbagai kraftangan yang unik boleh didapati sewaktu perayaan ini dirayakan. Pelancong-pelancong di Negeri Semenanjung boleh mengunjungi negeri Sabah dan Sarawak untuk mendekati dan mempelajari sendiri berkaitan dengan kaum-kaum etnik yang terdapat di Negeri tersebut.

Sewaktu peristiwa kemerosotan ekonomi berlaku pada tahun 90-an, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Dato Mahathir Mohammad telah memperkenalkan program cuti-cuti Malaysia kepada rakyat Malaysia dan juga rakyat Negara luar bertujuan untuk menstabilkan ekonomi Negara ini dan disamping itu beliau juga turut mempromosi destinasi-destinasi pelancongan yang ada di Negara ini. Setiap tahun Negara kita akan mengadakan bulan melawat negeri-negeri di sekitar Negara ini seperti bulan melawat Kelantan dan pada hari itu juga terdapat pelbagai acara yang akan dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran di kawasan itu sendiri dan juga terdapat beberapa acara yang diadakan akan melibatkan penyertaan daripada pelancong asing seperti pertandingan Layang-layang yang pada kebiasaannya akan diadakan di negeri Kelantan.

Kesimpulannya, Negara Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri untuk dijadikan destinasi pelancongan oleh pelancong asing dan khususnya untuk pelancong tempatan untuk membantu ekonomi Negara ini menjadi stabil. Selain itu, Negara kita juga merupakan destinasi yang paling selamat untuk kita meluangkan masa dengan yang tersayang.

(Disediakan oleh Mahlisa Binti Sikhalid, 30 Julai 2008)

About Me

I'm Lisa Sikhalid, would like to insert my work here for your information, experince, and i hoped that you've enjoyed my writing such as novel, my opinion and etc.

By the way, I've hoped you guys will give some comments for my blog and also give some suggestion for me to improved my creativity.

Thanks