Monday, August 4, 2008

About Me

I'm Lisa Sikhalid, would like to insert my work here for your information, experince, and i hoped that you've enjoyed my writing such as novel, my opinion and etc.

By the way, I've hoped you guys will give some comments for my blog and also give some suggestion for me to improved my creativity.

Thanks

1 comment:

Lisa said...

Kebahagian Sesebuah Keluarga Terletak Pada Keberkesanan Pendidikan Yang Diberikan Oleh Ibu Bapa Kepada Anak-anak

Ibu bapa merupakan aset yang paling penting dalam membangunkan institusi keluarga yang berkualiti. Untuk membangunkan institusi keluarga seperti ini perlulah memberi pendedahan pendidikan yang cukup kepada anak-anak mereka agar hasrat untuk melahirkan generasi yang berkualiti akan tercapai. Terdapat pelbagai kebaikan yang dapat diperolehi oleh mereka sendiri dan juga bantuan akan diberi oleh kerajaan Malaysia kepada keluarga yang kurang berkemampuan dalam memberi pendedahan pendidikan yang cukup kepada anak-anak mereka seperti bantuan biasiswa, bantuan buku teks, bantuan pendidikan MARA bagi anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi yang lebih tinggi. Terdapat pihak swasta yang turut memberi bantuan seperti ini iaitu Pertubuhan Tabungan Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional ataupun nama singkatan yang biasa kita dengar PTPTN.
Seperti yang telah dihujahkan di perenggan pertama tadi, anak-anak perlu diberi pendedahan pendidikan yang cukup oleh ibu-bapa agar dapat melahirkan generasi yang berkualiti. Ibu bapa perlu meluangkan masa dalam memantau pendidikkan anak-anak mereka agar anak-anak mereka lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh ibu-bapa itu sendiri. Anak-anak juga turut memainkan peranan itu dan anggaplah ia sebagai tanggungjawab yang penting dan laksanakan dengan bersungguh-sungguh agar usaha mereka dan ibu-bapa mereka tidak sia-sia.
Dalam pendedahan pendidikan tersebut, ia tidak mengira status, darjat terhadap penuntutnya malah setiap individu perlu berusaha mendapatkannya. Pendidikan merupakan yang paling bernilai dalam kehidupan. Bernilai dari permata dan tanpa pendidikan, manusia tidak mampu menerokai dunia yang ada seperti sekarang ini. Kita dapat melihat kemajuan manusia dari abad-abad yang lepas sehinggalah sekarang. Kemajuan yang telah dikecapi ini merupakan dari sumber pendidikan yang telah diterapkan oleh ibu-bapa mereka.
Pendidikan agama merupakan pendedahan yang paling utama dalam melahirkan golongan yang berakhlak, bermotivasi tinggi serta mampu menggelakkan anak-anak daripada mengalami kejatuhan nilai-nilai murni. Sebagai buktinya, kita dapat melihat kejatuhan moral dan akhlak manusia pada zaman kegelapan. Pada zaman itu, manusia mengalami pelbagai penderitaan dan terdapat beberapa individu yang berusaha untuk membantu golongan ini agar sedar dan berpeggang teguh dengan agama yang telah di turunkan oleh Allah s.w.t. pendedahan agama perlu diteruskan agar manusia tidak akan mengalami zaman kegelapan yang telah berlaku pada abad-abad yang lepas.


Dengan pendedahan pendidikan, masa depan anak-anak ataupun dikenali sebagai golongan-golongan muda akan terjamin dan juga suatu hari nanti mereka akan membangunkan Negara mereka sendiri. Seperti yang kita ketahui, anak-anak ini akan mengambil alih dalam memimpin Negara malah akan memajukannya dengan bantuan pendidikan yang mereka perolehi melalui pendedahan daripada ibu-bapa mereka itu sendiri.
Bukan semua ibu-bapa mampu membiayai kos pendidikan anak-anak mereka dan mengikut kajian terdapat beberapa anak-anak yang merupakan dari golongan keluarga termiskin tidak mendapat pendedahan pendidikan yang secukupnya, ada juga anak-anak yang bersekolah hanya separuh jalan dan ada juga yang langsung tidak mendapatkan apa-apa kerana alasan ibu-bapa mereka adalah tidak mampu untuk membiayai kos tersebut dan mereka juga sering mengungkapkan peribahasa ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ itulah biasanya yang kita dengar dari keluarga seperti ini. Kerajaan akan memberi bantuan kepada keluarga seperti ini dalam memberi kos pendidikan kepada anak-anak supaya anak-anak mereka tidak ketinggalan dalam mendapatkan pendedahan pendidikan yang sewajarnya. Kita sendiri dapat melihat sumber yang dimaksudkan adalah seperti bantuan kewangan terhadap keluarga termiskin, bantuan pendidikan MARA bagi anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bantuan daripada swasta dapat juga kita lihat seperti Pertubuhan Tabungan Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional ataupun nama singkatan yang biasa kita dengar PTPTN. Dengan adanya sumber seperti ini maka tiada alasan lagi untuk tidak memberi pendedahan pendidikan kepada anak-anak.
Sikap kerajaan dalam mengkaji statistik keluarga termiskin adalah langkah yang bijak dan perlu diteruskan agar dapat mengatasi masalah anak-anak kurang mendapat pendidikan daripada keluarga tersebut. Jabatan Perangkaan merupakan jabatan yang memainkan peranan penting dalam mengkaji statistik keluarga termiskin dan kajian-kajian yang lain.
Kesimpulannya, ibu-bapa perlu menitik beratkan soal pendedahan pendidikan kepada anak-anak mereka walaupun ekonomi institusi keluarga itu kurang mampu ataupun tidak mampu untuk membiayai kos pembiayaannya. Seperti yang telah dihujahkan, pihak kerajaan dan swasta telah memainkan peranan yang penting dalam membantu keluarga seperti ini untuk memberikan pendedahan pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka. Anak-anak mereka juga perlu melaksanakan tanggungjawab ini dengan bersungguh-sungguh agar usaha ibu-bapa mereka tidak sia-sia. Hasil usaha mereka akan membuahkan hasil kepada diri mereka sendiri, ibu-bapa mereka dan juga Negara.