Monday, September 28, 2009

Penghargaan untuk seorang Ayah.

Ayah,
Sempena hari bapa ini,
kami anakmu ingin mengucapkan ribuan terima kasih
Atas kasih sayang yang telah dikau curahkan kepada kami,
Pelbagai derita telah dikau tanggung untuk memberikan sesuap nasi kepada kami.

Ayah,
Begitu besar pengorbananmu sehingga kami tak terbalas dengan wang ringgit,
Semenjak pemergian ibu,
Dikau telah memainkan 2peranan kepada kami, dikaulah ayah dan dikau juga ibu,
Dikau umpama permata yang terlalu tinggi nilainya,
Permata ini yang telah menyinari hidup kami semua,
Sehinggakan kami telah mencapai kejayaan.

Ayah,
Tanpa dirimu kami takkan wujud dalam dunia ini,
Tanpa dirimu kami takkan merasakan kasih sayang seorang ayah,
Dikau tak pernah merintih walau sesaat pun untuk menjaga kami sehingga dewasa,
Kami sebagai anakmu akan berjanji akan menjagamu walau apapun terjadi,
Kerna dikaulah segalanya dalam hidup kami.