Thursday, September 17, 2009

Cerita Pada Hari ini 17/09/2009

Hari ini aku tidak berasa sibuk sangat, arrival pun tak banyak cuma aku handle junior dan ajar dia tentang selok belok tugasan yang biasa kami lakukkan sebagai Front liner. Junior aku ini boleh tahan juga, mudah faham apa yang kami ajar tapi kadang-kadang aku pening juga dengan dia ini terlalu banyak soal sampaikan kadang-kadang aku yang blurr. Aku pun macam dulu juga, baru-baru saja bertugas sebagai Front liner seperti patung tidak tahu apa mahu dilakukan tapi berkat kesabaran dan keinganan untuk berkerja tu yang membuatkan aku cepat untuk belajar apa yang biasa mereka lakukan.
Lama-kelamaan, aku rasa gembira bertugas dihotel ini, staff disini bekerja seperti satu keluarga. Mesti aku terasa rindu dengan mereka sekiranya aku mendapat peluang perkerjaan yang lain. baiklah sampai sini sahaja coleteh kita pada hari ini.

No comments: