Wednesday, September 16, 2009

kehidupan

16 September 2009 (11.02pm)

Perjalanan kehidupan ini banyak perlu kita pelajari. Pelbagai rentak hidup di dunia ini dapat kita lihat dengan hanya kebijaksanaan serta keimanan kita yang akan dapat atasi segalanya. Aku sebagai manusia aku akui banyak sekali aku gagal dalam kehidupan ini tapi tidak bermakna aku akan berpatah semangat. Aku akan sentiasa bangkit semula, aku sedia untuk bersaing dalam dunia yang serba maju ini, walaupun aku tahu banyak dugaan perlu aku tempuhi namun aku yakin berkat kesabaran ku akan ada hikmah disebalik apa yang aku usahakan.
Keluargaku serta rakan-rakanku sentiasa memberikan sokongan moral kepadaku. Aku amat hargai yang mereka telah berikan kepadaku. Aku amat bersyukur kerana memiliki mereka yang begitu prihatin akan diriku.

Kini aku memiliki seorang kekasih yang amat menghargai diriku. Aku teramat merasakan kebahagiaan bersamanya, kami jalinkan hubungan hampi 3bulan. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Aku akan berjanji kepada diri sendiri akan aku lakukan yang terbaik untuk diriku serta akan aku balas jasa ayahku yang selama ini telah menyara hidup. Al-fatihah juga untuk arwah kakak ku Norealiaza Binti Sikhalid yang telah meninggal 6tahun lepas dan tidak dilupakan arwah ibuku yang telah meninggal 2tahun yang lepas.
SELAMAT HARI RAY AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments: